Edar Dadah: Pekerja Cuci Kereta Dihukum Gantung Sampai Mati

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 12:44 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pekerja kedai mencuci kereta dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah mengedar 27.5 gram dadah tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhi hukuman itu terhadap A.Nagendran, 28, setelah mendapati keterangan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata dalam keterangan bela dirinya, tertuduh mengatakan kad pengenalannya diambil dari dalam poketnya dan bukannya dijumpai di dalam beg yang mempunyai dadah. 

"Mahkamah memanggil saksi-saksi untuk menyokong keterangan tertuduh, namun keterangan pembelaan tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah,"katanya pada Rabu.

Nagendran didakwa mengedar 21.4 gram heroin dan 6.1 gram monoacetylmorphines di rumah beralamat 58 Jalan Belakang Hospital, Sungai Petani pada 5 Jan 2013 pukul 12.10 tengah hari.  

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum menurut Seksyen 39B(2) Akta sama yang membawa hukuman matimandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ayu Rohaiza Khazali manakala tertuduh diwakili peguam bela RSN Rayer. 

Tags / Kata Kunci: hukuman gantung , edar dadah , A.Nagendran

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan