Tiga Anggota Tentera Maut, Seorang Parah

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 9:43 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tiga anggota tentera maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Tanah Putih, Batu 3 di sini tengah malam Isnin.

Menurut Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata mangsa yang terbunuh Mohd Fahmi Jap, 25, Mohd Ilias Abu Seman, 23,dan Mohd Faizal Zainol, 26.

Rakan mereka yang cedera parah pula ialahShamzuri Awang, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Beliau berkata kesemua mereka merupakan anggota tentera daripada Rejimen Pertama Kor Amor Diraja (1 KAD) dari Kem Batu 10 di sini.

"Kemalangan berlaku kira-kira 11.55 malam tadi, mereka dalam perjalanan ke arah Gambang dari Kuantan.

"Siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian kereta jenis Honda yang dipandu Mohd Fahmi terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok lalu termasuk ke dalam longkang di situ," katanya pada Selasa.

Mohd Noor berkata akibat kejadian itu tiga mangsa mati di tempat kejadian dan seorang mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat kesemua mangsa kemudian dihantar ke HTAA untuk dibedah siasat.

Semasa kejadian hujan lebat, katanya.


Tags / Kata Kunci: Tentera , Polis , Kemalangan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan