Dua Lelaki Bertopeng Guna Penyembur Lada Dalam Cubaan Rompak Wanita

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Dua lelaki bertopeng pada Isnin menyerang dua wanita dengan penyembur lada dalam cubaan rompakan beg yang dipenuhi wang berjumlah lebih dari RM100,000. 

Serangan itu berlaku pekan China Town, di pusat bandar Miri kira-kira pukul 3.30 petang ketika orang ramai sibuk menjalankan urusan masing-masing.

Sumber berkata, kedua-dua wanita berkenaan diserang selepas mereka keluar dari kereta di luar pintu masuk utama bank.

Kedua-dua wanita itu menjerit apabila penyerang, yang memakai topi keledar bertutup penuh cuba merampas beg yang dipenuhi wang tunai daripada mereka.

Penyerang kemudian menyembur bahan kimia dipercayai semburan lada ke dalam mata dua wanita tersebut dan cuba untuk mengambil beg itu tetapi wanita berkenaan tetap memegangnya dan terus menjerit.

Difahamkan ahli keluarga yang berada di dalam kereta itu berjaya menakutkan penyerang dengan menekan hon kereta berulang kali.

Kedua-dua wanita itu kemudian digegaskan oleh ahli keluarga mereka ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan bantuan sebelum membuat laporan polis.

Sehingga Selasa, tiada suspek berjaya ditahan.
Tags / Kata Kunci: topeng , penyembur lada

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan