MRT Runtuh: Mayat Pertama Ditemui, Carian Diteruskan

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan penyelamat telah menemui mayat mangsa pertama dan sedang berusaha untuk mencari dua lagi mangsa yang dipercayai terperangkap di bawah landasan konkrit di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara malam Isnin.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat mangsa berjaya ditemui kira-kira pukul 2.34 pagi Selasa.

"Kami masih berusaha untuk mencari pekerja-pekerja lain.

"Kita perlu memotong kepingan konkrit untuk mencari mereka...ia akan mengambil sedikit masa," kata beliau ketika dihubungi.

Mohd Sani berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada kedua-dua pekerja masih hidup atau sebaliknya. 

Dalam satu kenyataan, MRT Corp mengesahkan bahawa landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu dijalankan.


Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak sepanjang 38 meter seberat 490 tan.

MRT Corp mengesahkan bahawa tiga pekerja yang terperangkap adalah warga Bangladesh iaitu Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

"Tiada orang awam terlibat dalam kejadian itu kerana tidak ada akses kepada tapak binaan ini.

"Siasatan telah dimulakan untuk menentukan punca kejadian," kata kenyataan itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang berada di tempat kejadian melahirkan kekesalan atas kejadian itu.

"Walaupun siasatan sedang dijalankan, MRT Corp memikul tanggungjawab penuh bagi kejadian ini. Setelah siasatan selesai, tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab akan diambil," katanya.
Tags / Kata Kunci: MRT runtuh , landasan MRT , konkrit

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan