Kereta Kebal Terbalik, Dua Tentera Terbunuh

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Dua anggota tentera maut dan empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Sungai Tiram di Batu 19 dekat sini, Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata mereka yang dikenali sebagai ketua kru, Sarjan Mohd Hanif Patahur, 31, dan Prebet Ahmad Feleni Mansor, 23, mati di tempat kejadian.

Mereka yang cedera ialah pemandu kereta perisai Mohd Faizal Ahmad, 29, Mohd Amaruddin Che Soh, 29, Mohamad Haffez Khairudin, 24, dan Ifaiznor Ismail, 29.

Insiden berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi, ketika kereta perisai yang dinaiki enam anggota tentera itu dan sebuah lagi kereta perisai dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ke 22.

Beliau berkata empat anggota yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Fadzil berkata siasatan awal polis mendapat kemalangan berlaku selepas kereta perisai yang dipandu Mohd Faizal dalam perjalanan dari Kampung Sungai Tiram ke Kem Sri Kinabatangan.

Katanya setibanya di tempat kejadian, kereta perisai itu hilang kawalan lalu terbalik.

Sebelum itu, mereka melakukan rondaan keselamatan di Teluk Labuk. 

Anggota tentera berkenaan dari RAMD ke-12 Kuantan, bertugas selama tiga bulan di Kem Sri Kinabatangan sejak 15 Julai lepas.

Jenazah kedua-dua mangsa, Mohd Hanif yang berasal dari Johor dan Ahmad Fikri dari Kelantan, akan dihantar pulang ke kampung halaman mereka pada Rabu.

Tags / Kata Kunci: kereta kebal , kereta perisai

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan