Barang Kemas Tiga Suri Rumah Diragut

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 11:12 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Tiga suri rumah kerugian besar apabila barang kemas mereka diragut dalam tiga kejadian berasing dalam tempoh satu jam setengah di sekitar Besut pada Isnin.

Dalam kejadian pertama, Mek Jah Awang Ngah, 58, sedang berada di halaman rumahnya di Kampung Gong Penaga, Jabi apabila mangsa didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali jam 11.00 pagi. 

Dalam laporannya di Balai Polis Jerteh, beliau berkata suspek berpura-pura bertanya tentang rumah rakannya sebelum meragut rantai tangan emasnya dan melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Honda. 

Dalam kejadian kedua, di Kampung Alor Keladi, Hulu Besut, Norzaini Ismail, 40, juga didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali kira-kira jam 11.53 pagi. 

Tanpa berkata sesuatu suspek meluru ke arah mangsa yang berada di hadapan rumahnya sambil menolak mangsa sebelum meragut rantai leher emas dan melarikan diri dengan kereta jenis Honda berwarna putih. 

Kejadian ketiga pada kira-kira jam 12.30 tengah hari membabitkan seorang warga emas Tuan Yah Tuan Soh, 80, di Kampung Tok Has, Jerteh.
 
Dalam laporan kepada polis, mangsa yang berasal dari Kampung Gong Penaga, Air Terjun telah pergi ke kedai makan milik anaknya di Kampung Tok Has apabila tiba-tiba datang seorang lelaki dengan secara tiba-tiba meragut tiga utas rantai tangan emasnya yang bernilai RM7,000.

Suspek telah melarikan diri dengan kereta ke arah Kuala Besut. 

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut Supt Noorzainy Mohd Noor berkata, satu pasukan khas telah digerakkan untuk mengesan seorang suspek yang dipercayai melakukan perbuatan jenayah kepada ketiga-tiga mangsa. 

Tags / Kata Kunci: ragut , barang kemas , suri rumah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan