Tiga Dipercayai Terperangkap Dalam Runtuhan Tapak Projek MRT

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 11:34 PM

Tiga mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan konkrit di tapak pembinaan projek landasan MRT di Kota Damansara. Foto twitter @bombaJBPM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Tiga mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan konkrit di tapak pembinaan projek landasan MRT di Kota Damansara berhampiran Hospital Pusrawi, malam Isnin.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.46 malam.

Anggota STORM dan K9 Bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat di tapak runtuhan projek MRT.

Beliau berkata, objek dari pembinaan tapak landasan yang jatuh itu berukuran 38 meter dengan berat 300 tan menimpa pekerja di bawah landasan.

"Anggota STORM (Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia), K9 (Unit Anjing Pengesan) Bomba sedang melakukan pencarian di tapak runtuhan MRT," katanya dalam satu kenyataan.

Di kawasan sekitar runtuhan tapak projek MRT di Kota Damansara.

Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam.

MRT Corp turut mengesahkan bahawa tiga pekerjanya dipercayai terperangkap di bawah runtuhan itu.

"Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam ketika pembinaan tembok sedang dijalankan ke atas landasan MRT.

"Pasukan bertindak iaitu polis serta Pasukan Bomba dan Penyelamat digerakkan di lokasi (kemalangan). Usaha menyelamat sedang dijalankan," kata kenyataan itu.





Tags / Kata Kunci: MRT

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan