Kes Curi Wang Mangsa MH370: Polis Yakin Warga Pakistan Masih Dalam Negara

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis yakin seorang lelaki warga Pakistan yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pengeluaran wang daripada akaun milik tiga penumpang dan seorang anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370, masih berada dalam negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, setakat ini tiada petunjuk yang menyatakan lelaki itu melarikan diri ke luar negara.

"Setakat hari ini kita masih berusaha mengesan lelaki itu dan siasatan juga mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam majlis serah terima tugas Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dan Asisten Komisioner Rasdi Ramli.

Rasdi dilantik memegang jawatan sebagai Pemangku Ketua Polis Dang Wangi, manakala Zainuddin dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pada Rabu lepas, pengurusan sebuah bank membuat laporan mengenai berlakunya transaksi akaun milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara yang melibatkan pengeluaran wang RM110,643 tanpa kebenaran mana-mana pihak.

Siasatan awal polis mendapati daripada jumlah itu, sebanyak RM35,000 dipindahkan ke akaun kelima menerusi perbankan internet.

Berikutan itu, polis menahan seorang pegawai bank dan suaminya masing-masing berusia 33 tahun, pada 14 Ogos lepas dipercayai terbabit memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun mangsa.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) di Taiwan bagi mengenal pasti dua lelaki yang dipercayai warganegara Taiwan yang sedang diburu polis.

Kedua-dua lelaki itu dikehendaki bagi membantu siasatan kes kecurian dua bentuk cincin berlian bernilai RM1.5 juta di dua galeri barangan kemas di Starhill, Bukit Bintang baru-baru ini.

"Polis sudah mengenal pasti identiti kedua-dua suspek dipercayai rakyat Taiwan tetapi setakat ini kami belum menerima maklum balas daripada Interpol Taiwan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Pakistan , MH370 , MAS

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan