Kastam Tak Lantik Orang Tengah Urus Lelongan Kereta Mewah

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 6:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menasihati orang ramai supaya tidak terperdaya dengan pihak yang mengaku menjadi perunding kepada urusan lelongan kereta mewah yang dirampas jabatan itu.

Penolong Ketua Pengarah KDRM (Penguatkuasaan), Datuk Hassan Ibrahim berkata, pihaknya hanya membuka lelongan awam menerusi laman web rasmi jabatan.

"Lelongan tidak dilaksanakan menerusi khidmat orang tengah, khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun aplikasi Whatsapp," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, terdapat pihak yang telah menyebarkan iklan palsu menerusi Whatsapp mengenai lelongan awam kastam iaitu 'Car from port, all cars are seized from the Custom officer'.

Iklan itu mendakwa mereka merupakan pihak yang menggendali lelongan dan orang ramai yang berminat membelinya perlu membuat bayaran secara tunai.

Hassan berkata harga kereta yang ditawarkan menerusi iklan itu seperti BMW M3 dan Volkswagen Polo adalah pada kadar yang tidak munasabah.

"KDRM hanya melelong kereta secara tender dan tidak ada istilah orang tengah untuk membantu menguruskan lelongan kereta yang dirampas," katanya.

Beliau berkata, lelongan dibuat mengikut bidaan tertinggi dengan pembida perlu meletakkan deposit sekurang-kurangnya 10 peratus dari harga kenderaan yang dibida dan sekiranya pembidaan gagal, wang deposit akan dikembalikan.

Tags / Kata Kunci: perunding , kastam , lelong kereta

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan