Tiga Rakan Didakwa Tipu Lelaki Babitkan Wang Tunai RM747,000

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 6:08 PM

Mahkamah Majistret Ipoh

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM747,000 bulan lepas.

N Narendran, 34, Meor Asri Ariffin, 43, dan A.S. Robert, 47, didakwa menipu Zain Mohamed Ismail, 55, kononnya untuk pelaburan perniagaan bekalan ubat dan alat pakai buang untuk Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Tindakan tertuduh mendorong mangsa mendepositkan wang berjumlah antara RM68,000 dan RM170,000 ke dalam akaun CIMB atas nama Mesna Medical Supplies.

Ketujuh-tujuh kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank CIMB, Jalan Kampar di sini antara 25 Jun dan 2 Julai lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab membenarkan mereka diikat jamin RM20,000 setiap seorang dan memerintahkan tertuduh melapor diri pada 15 hari bulan setiap bulan di balai polis berhampiran.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula 24 September ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Kavitha manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam Nurul Azira Abdul Aziz, EP Seeralasittan dan Jaswant Singh.


iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan