PPDNKK Melaka Patahkan Cubaan Seludup Diesel Bersubsidi

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 10:33 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka mematahkan cubaan menyeludup minyak diesel bersubsidi bernilai RM46,628 dalam Ops Titik berikutan penahanan sebuah lori tangki dan feri penumpang di Jeti Parameswara, Bandar Hilir pada Jumaat.

Timbalan Pengarahnya Jamil Buang berkata dalam serbuan bersepadu melibatkan 11 penguatkuasa PPDNKK Melaka dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia itu, pihaknya turut menahan empat lelaki termasuk seorang pemandu lori tangki berusia antara 24 tahun dan 50-an.

Beliau berkata ketika serbuan pada 8 pagi itu, 8,100 liter daripada 19,110liter diesel yang dibawa lori tangki berkenaan telah dipindahkan ke dalam feri menggunakan saluran paip khas yang dibina di jeti berkenaan.

"Ketika serbuan, pemandu lori berusia 24 tahun dan tiga penjaga feri berusia30 hingga 50-an yang sedang leka memindahkan diesel berkenaan tidak sempat melarikan diri," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lori tangki berkenaan milik sebuah syarikat pemborong diesel berdaftar namun menjalankan pemindahan bahan bakar berkenaan tanpa lesen di jeti berkenaan.

Katanya serbuan dilakukan hasil daripada maklumat awam dan risikan selama dua minggu bagi mengesan aktiviti pemindahan diesel bersubsidi dengan menggunakan feri yang berlabuh di jeti berkenaan.

Jamil berkata minyak tersebut, dipercayai dijual kepada pengusaha feri dan bot yang lain.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tidak mematuhi syarat lesen yang memperuntukkan denda sehingga RM250,000 dan penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.

Tags / Kata Kunci: diesel bersubsidi , melaka , PPDNKK

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan