Rakyat Malaysia Maut Selepas Selamatkan Rakan Mati Lemas Di Jepun

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 8:40 AM

Tan Hee Shiang

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Percutian di Jepun bertukar tragedi kepada seorang rakyat Malaysia berusia 21 tahun, selepas dia terjun ke laut untuk menyelamatkan tiga mangsa di mana jet-ski yang dinaiki mereka telah terbalik. 

Mayat Tan Hee Shiang telah ditemui oleh polis marin Jepun tidak lama selepas berlakunya tragedi itu pada petang Selasa.

Bapanya, Tan Lai Keat, 51, seorang nelayan, yang dimaklumkan mengenai kejadian itu pada hari yang sama, telah meminta bantuan daripada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong pada Khamis untuk membuat persiapan bagi membawa pulang mayat anaknya.

Lai Keat berkata anaknya adalah seorang pegawai di sebuah syarikat alat ganti automotif dan sering ke Jepun untuk urusan produknya.

Pada Selasa, Hee Shiang menaiki jet-ski dengan rakan-rakannya dari Malaysia dan Jepun di pantai Satsuki Matsubara di Munakata City, Fukuoka sekitar 4 petang.

Hee Shiang dan seorang lagi rakannya menunggang jet-ski, manakala seorang lagi rakannya menaiki jet ski bersama dua rakan wanita Jepun. 

Kira-kira tiga jam kemudian, Hee Shiang, setelah mengetahui bahawa jet-ski rakannya itu telah terbalik bergegas untuk memberi bantuan keselamatan.

Dia kemudian membenarkan mangsa yang telah diselamatkan menaiki jet-skinya manakala dia dan seorang wanita lain telah ditarik ke pantai dengan tali yang diikat pada jet-ski tersebut. 

Apabila kumpulan itu tiba di pantai, Hee Shiang diadapati hilang.

Tidak lama kemudian, pasukan penyelamat menemui mayat Hee Shiang terapung di laut, kata Lai Keat, sambil menambah anaknya adalah orang yang tenang dan baik. 

Hee Shiang adalah anak sulung dalam empat adik-beradik. 

Lai Keat, isteri dan seorang lagi anak lelakinya terbang ke Jepun malam tadi untuk membawa pulang abu mayat Hee Shiang, dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Jepun.
Tags / Kata Kunci: Jepun , jet ski , Tan Hee Shiang

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan