Pelajar Dikurung Dan Dipukul - Berita Jenayah | mStar

Pelajar Dikurung Dan Dipukul

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang pelajar lelaki dari Kolej Vokasional Besut mendakwa dikurung empat lelaki yang dikenalinya di sebuah rumah di kawasan perumahan di Bandar Jerteh pada Isnin lalu.

Semasa dikurung, mangsa yang berumur 16 tahun dan berasal dari Kampung Pengkalan Nangka, Kuala Besut mendakwa telah digari kedua-dua belah tangannya sebelum dipukul dengan kayu pemukul bola besbol di kaki, perut dan tengkuk hingga cedera.

Mengikut laporan yang dibuatnya kepada pihak polis, mangsa berkata dia dilarikan dengan kereta ketika berada di sebuah kedai di Jerteh dan telah dikurung selama tiga jam dari pukul 9 malam.

Seorang suspek menuduhnya bertanggungjawab melarikan adik perempuannya yang lari dari rumah sebelum itu.

Remaja tersebut ditinggalkan di Kampung Gong Manok, Kuala Besut lewat tengah malam sebelum diambil ibunya.

Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Besut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Supt Noorzainy Mohd Noor memberitahu, pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada mangsa.

Keempat-empat suspek telah dikenal pasti, katanya.


Tags / Kata Kunci: Besut
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan