Empat Pelajar Disyaki Terbabit Gengsterisme Ditahan Di George Town

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 11:43 AM

Polis memandang serius pembabitan pelajar dalam kegiatan kumpulan samseng. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Empat pelajar dari beberapa sekolah menengah di sini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes peras ugut dan membelasah pelajar lain.

 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang berusia antara 15 dan 18 tahun ditahan di Persiaran Tembaga dan Jalan Sungai Dua pada Rabu lepas juga disyaki menganggotai pertubuhan kongsi gelap.

"Tiga daripada mereka ditahan reman selama empat hari manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis kerana dia perlu menduduki ujian di sekolahnya hari ini," katanya kepada pemberita malam Khamis.

Beliau berkata, kes seumpama itu adalah yang pertama tahun ini yang melibatkan salah laku gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah dan setakat ini dua laporan telah diterima.

Jumaat lepas seorang pelajar tingkatan tiga membuat laporan mendakwa dia dipaksa menyertai satu pertubuhan kongsi gelap oleh suspek serta diperas ugut untuk membayar wang perlindungan sebanyak RM4 sebulan sejak Disember tahun lepas.

Mangsa juga mendakwa diugut rakan sebayanya itu supaya membayar RM400 sebagai wang tebusan untuk keluar daripada kumpulan berkenaan.

Seorang pelajar tingkatan satu turut membuat laporan mendakwa dibelasah tiga orang pelajar termasuk seorang pelajar perempuan di sebuah kedai makan berdekatan sekolahnya di Sungai Nibong pada 6 Ogos lepas.

Abdul Rahim berkata, pihak polis memandang serius kegiatan merekrut pelajar sekolah untuk menyertai kumpulan tertentu bertujuan menimbulkan kekacauan dan mengakui terdapat individu yang menyasar pelajar daripada bekas sekolah mereka untuk kegiatan itu.

"Polis telah mengenal pasti geng-geng terlibat dan sedang mengesan pergerakan mereka untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 31 kes bunuh dilapor di negeri ini sejak awal Januari hingga semalam dengan 20 daripadanya melibatkan warga asing.

Tags / Kata Kunci: pelajar , peras ugut

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan