Lelaki Langgar 10 Kenderaan Elak Ditahan Polis

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 10:18 AM

Lelaki melarikan diri selepas ditahan polis melanggar 10 kereta sepanjang lima kilometer di Pulau Pinang, Khamis. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sepuluh kenderaan dilanggar sebelum kereta dinaiki dua lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis kehabisan minyak dan tersadai di Jalan Solok Pinang, Sungai Pinang di sini, Khamis.

Seorang daripada lelaki itu melarikan diri manakala pemandu kereta berkenaan bertindak mengurung diri dalam kereta yang dikunci menyebabkan polis terpaksa memecahkan cermin tingkap untuk mengeluarkan lelaki itu dan menahannya.

"Tiada kecederaan serius dilaporkan," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan Komuniti di sini, malam Khamis.

Beliau berkata, kejadian itu bermula apabila anggota polis yang membuat rondaan terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Wira yang berhenti di Paya Terubong dalam keadaan mencurigakan pada 6 petang.

"Semasa anggota kami memperkenalkan diri sebagai polis dan mahu membuat pemeriksaan, dua lelaki terbabit terus masuk kereta dan memecut kenderaan itu," katanya.

Beliau berkata, polis mengejar kereta terbabit sejauh lima kilometer sebelum kereta itu kehabisan minyak.

Polis masih menjalankan siasatan motif mereka bertindak demikian dan sama ada mereka mempunyai rekod jenayah. Siasatan awal mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran yang sah, katanya.


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan