Tembakan Dilepaskan Ke Arah Kediaman Menteri Sarawak

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kediaman Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Sri Wong Soon Koh, yang terletak di Jalan Ipoh di sini, antara 8.15 hingga 8.30 malam Rabu.

Isteri Wong, Datin Sri Leong Poh Ling berkata tembakan itu mengenai tingkap sebuah bilik tidur di tingkat satu yang menghadap jalan.

Sungguhpun semua anggota keluarga kecuali Wong, berada di rumah, tiada siapapun yang tercedera.

Leong berkata insiden itu hanya disedari pagi ini apabila anak lelakinya ternampak serpihan cermin tingkap di atas lantai bawah langsir.

Bercakap kepada pemberita di sini, Khamis, Leong berkata beliau ada mendengar bunyi letupan yang sangat kuat antara 8.15 hingga 8.30 malam.

"Saya melihat ke luar tingkap tapi tak nampak apa-apa pun. Saya sangkakan tayar kereta atau komputer riba seseorang yang meletup," kata pesara guru berusia lingkungan 60-an itu.

Sebaik mendapati serpihan cermin tingkap dan lubang yang menembusi satu lagi cermin tingkap, beliau segera memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Anak lelaki Wong, Datuk Andrew Wong Kee Yee berkata beliau tidak pasti siapa yang menjadi sasaran orang yang melepaskan tembakan itu.

Andrew Wong, timbalan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, berkata beliau percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan tugasnya yang termasuk menyelesaikan masalah penjaja di bandar ini.

"Walau apapun sebabnya, ini tidak betul. Kami menyerahkan kepada polis untuk menyiasat," katanya.

Beliau berkata pemilihan masa untuk melakukan perbuatan itu menimbulkan tanda tanya memandangkan Soon Koh akan melancarkan Parti Rakyat Bersatu (UPP), parti politik terbaharu Sarawak, di Kuching pada Sabtu.

Soon Koh akan mengetuai parti itu berikutan pertelagahan dengan pemimpin parti yang disertainya sebelum ini, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan keluar daripada SUPP pada Mei tahun ini untuk menyertai satu lagi parti politik baharu dikenali sebagai Teras (Parti Tenaga Rakyat Sarawak) namun keluar pada Julai untuk menubuhkan UPP.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sibu Supt Martin Koo ketika ditemui di tempat kejadian mengesahkan tembakan itu dilepaskan ke arah rumah berkenaan menggunakan selaras senapang patah.

"Kami menjumpai satu kelongsong peluru dan sembilan peluru penabur di beberapa tempat di perkarangan rumah, betul-betul di bawah bilik tidur. Kami masih menyiasat," katanya.


Tags / Kata Kunci: Sarawak , Tembakan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan