Penjara Seminggu , Denda RM5,000 Gara-Gara Tandatangan Lucah

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 4:52 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang tukang batu nisan yang menandatangani buku saman trafik dengan perkataan lucah dua bulan lepas,dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM5,000 atau penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis selepas mengaku bersalah. 

Majistret Dianne Nigrad Nor Azhar memerintahkan Lim Pei Jye menjalani hukuman penjara itu bermula pada Khamis.Lim, 41, didakwa menulis kata-kata lucah pada buku saman yang diberikan kepadanya untuk ditandatangani dengan maksud mengaibkan kehormatan anggota polis trafik S.Thanesan di hadapan Kafe I L ove U, di Jalan Batu Ferringhi, dekat sini pada pukul 9.50 pagi, 2 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan Penjarahukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes anggota polis trafik itu menahan Lim di hadapan kafe berkenaan kerana melanggar isyarat lampu merah.Polis trafik itu kemudiannya mengeluarkan saman kepada Lim dan menyerahkan buku saman untuk Lim menandatanganinya, sebelum mendapati ruang tanda tangan itu diitulis dengan perkataan lucah.

Terdahulu, peguam Muhammad Arif Shaharuddin yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan atas alasan lelaki berkenaan mempunyai tanggungan dua orang anak.

"Tertuduh memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan. Ketika kejadian dia dalam keadaan tertekan kerana dalam proses perceraian dengan isterinya. Oleh itu, saya memohon mahkamah mempertimbangkan rayuan tertuduh," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hafiz Hashim kemudiannya berkata perceraian tidak boleh digunakan sebagai alasan atas tindakan yang dilakukan untuk mengaibkan seorang anggota polis secara peribadi dan memohon hukuman berat berbentuk pengajaran dan faktor kepentingan awam diambil kira.

"Tertuduh sengaja menulis perkataan lucah kepada anggota polis trafik yang hanya menjalankan tugasnya. Sebelum itu, tertuduh juga telah melakukan kesalahan lalu lintas, melanggar lampu merah," katanya. 

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan