Lelaki Amuk Bakar Kuarters Pekerja Di Ranau

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang buruh ladang bertindak membakar kuarters pekerja selepas dia mengamuk di sebuah perkampungan terpencil di daerah Ranau, lewat malam Rabu.

Sebuah Toyota Hilux yang diletakkan berhampiran kuarters tersebut musnah dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu.

Sebelum insiden tersebut, lelaki berusia 53 tahun itu yang dipercayai mengalami masalah psikologi, berbogel dan meminta rakan sekerja untuk memukulnya di Kampung Mindohuon Lama yang terletak kira-kira 200 kilometer dari pusat bandar.

Saksi berkata, lelaki terbabit berjalan di hadapan kuarters pekerja itu dan bercakap sendirian sebelum melucutkan semua pakaiannya.

Beberapa rakan suspek cuba menenangkannya ketika dia mula menjerit untuk meminta dipukul.

Selepas bertenang, suspek meninggalkan kawasan tersebut.

Namun, lelaki tersebut kemudiannya menyimbah kuarters tersebut dengan minyak petrol sebelum membakarnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah, ASP Rosley Hobden berkata, lelaki tersebut berjaya ditahan oleh orang ramai selepas insiden itu.

Katanya, sepasukan polis dan bomba dikejarkan ke perkampungan tersebut selepas dimaklumkan mengenai insiden itu.

Tags / Kata Kunci: lelaki amuk , Ranau

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan