Bayi Baru Lahir Dicampak Dalam Longkang

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 10:21 PM

Kes yang sama turut berlaku berhampiran Jalan Matang Buluh, Bagan Serai pada 1 Julai lalu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mayat seorang bayi perempuan lengkap dengan tali pusat ditemui dalam keadaan bogel di dalam longkang sedalam satu meter di Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Khamis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendent Mohd Yusoff Awang berkata mayat bayi itu ditemui seorang lelaki berusia berumur 52 tahun di dalam longkang di belakang rumahnya kira-kira pukul 9.10 pagi.

"Ketika ditemui bayi itu cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusat yang masa ada," katanya..

Beliau berkata pemeriksaan pada bayi berkulit cerah itu terdapat kesan calar pada dahinya dipercayai akibat dicampak ke dalam longkang tersebut.

Katanya mayat bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.

Tags / Kata Kunci: bayi perempuan , buang , longkang

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan