Dua Pelajar Lelaki Kolej Swasta Cedera Diserang Di Kemaman

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 7:47 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Dua pelajar sebuah kolej swasta di sini cedera dilibas dengan parang selepas diserang dua individu dalam kejadian di sebuah rumah sewa mangsa di Bandar Baru Bukit Mentok, di sini, Selasa.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, seorang mangsa yang berusia 19 tahun diserang dua lelaki yang memakai penutup muka ketika berada di ruang tamu, manakala seorang lagi rakannya yang berusia 25 tahun berada di luar rumah, diserang selepas cuba menghalang tindakan kedua-dua lelaki berkenaan.

Mangsa yang enggan identitinya disiarkan berkata dia terkejut selepas dua lelaki meluru masuk ke dalam rumah dengan masing-masing memegang sebilah parang dan sebatang besi panjang.

"Pada mulanya saya sangkakan mereka mahu merompak, jadi serta-merta saya tundukkan kepala setelah mereka berdua merapati saya. Namun tiba-tiba saya rasa sakit yang teramat sangat di bahagian kepala dan bahu serta cecair panas meleleh daripada kepala.

"Lantas saya tolak seorang daripada lelaki itu yang pegang besi dan dia jatuh dengan penutup mukanya juga tercabut, jadi saya nampak jelas mukanya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Rabu.

Akibat serangan itu mangsa mengalami luka sepanjang enam sentimeter di belakang kepala dan menerima lima jahitan kerana disyaki ditetak dengan belakang parang sementara rakannya yang berusia 25 tahun luka di bahagian lengan kiri selepas dilibas dengan parang.

Bagaimanapun seorang daripada suspek ditangkap kira-kira 600m dari lokasi kejadian hasil tindakan pantas sekumpulan pemuda Bandar Baru Bukit Mentok yang bertindak mengejar suspek sejurus menyedari kejadian itu.

Mangsa dibawa ke Hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.


Tags / Kata Kunci: Bandar Baru Bukit Mentok , parang

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan