Lebih 50 Lokasi Panas 'Prebet Sapu' Di KL - SPAD

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 12:28 PM

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesan lebih 50 lokasi panas  disekitar  Kuala Lumpur yang aktif dengan kegiatan 'prebet sapu' atau kereta persendirian yang memberi khidmat teksi secara haram.

Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad kepada mStar Online selepas mengadakan operasi bagi membanteras pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab atau Ops Tegas di sini, Selasa.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab menggunakan kenderaan persendirian sebagai prebet sapu boleh berlaku di mana-mana termasuk di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

"Tempat mana yang ada ramai orang turun (keluar), di situ akan ada prebet sapu kerana ada permintaan.

"Misalnya ramai orang turun dari terminal bas, di situ pasti ada prebet sapu. Bila ada permintaan, di situ ada penawaran," katanya.

Selain terminal bas, antara lokasi lain turut dikesan menjadi tumpuan prebet sapu adalah stesen LRT.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai nama-nama lokasi secara khusus.

Tambahnya, SPAD terus melakukan pemantauan dan penguatkuasaan membabitkan pemandu teksi seperti prebet sapu dan tidak menggunakan meter.

Sejak Ops Tegas dilancarkan SPAD pada Jun 2011, sebanyak 148 kes membabitkan prebet sapu direkodkan, di mana tahun ini sahaja sebanyak 36 kes sehingga Julai ini.

Che Hasni berkata, walaupun jumlah kes prebet sapu yang dikesan tidak banyak tetapi ia tetap serius kerana melakukan kesalahan.

"Bagi kesalahan prebet sapu di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 dan keretanya akan dilucutkan hak daripada pemilik kenderaan," katanya.
Tags / Kata Kunci: SPAD

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan