Bayi Mangsa Dera Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang dipercayai menjadi mangsa dera meninggal dunia pagi tadi di Hospital Sungai Buloh dekat sini selepas tidak sedarkan diri sejak Khamis lepas.

Bapa saudaranya Mohd Helmi Zakaria berkata Nurain Damia Mohamad Naqiuddin yang berusia setahun dua bulan menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepalanya selepas dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan koma selama enam hari.

"Kini jenazah Nurain Damia sedang menjalani proses bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara petang ini," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini dilaporkan seorang pengasuh ditahan selepas bayi yang dijaganya didakwa terjatuh dari kerusi di Flora Damansara, Petaling Jaya pada Khamis lepas.

Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas mengesyaki anaknya didera dan mendakwa sebelum ini terdapat kesan lebam pada badan bayinya.

Bayi berkenaan dimasukkan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh pada Khamis lepas selepas tidak sedarkan diri dan disahkan doktor dia mengalami pendarahan otak akibat terjatuh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim mengesahkan menerima laporan kematian Nurain Damia yang meninggal pada pukul 7 pagi tadi.


Tags / Kata Kunci: Hospital Sungai Buloh

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan