Ops Tegas: Prebet Sapu Terima Padah

Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 6:29 PM

Kenderaan persendirian yang ditahan penguat kuasa Spad kerana menyediakan khidmat pengangkutan haram di sekitar Rawang, pada Isnin,

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Seorang pemandu 'prebet sapu' menerima padah apabila ditahan penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana menggunakan kenderaan persendirian untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada orang ramai di sekitar kawasan ini.

'Prebet sapu' yang ditahan itu didapati mengenakan tambang sebanyak RM10 berbanding kurang daripada RM6.50 jika menggunakan teksi yang memiliki permit sah.

Kegiatan 'teksi haram' ini dikesan dalam operasi penguatkuasaan SPAD bagi membanteras pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab atau Ops Tegas.

Bersama dua anggota penguat kuasa, mStar Online menaiki kenderaan berkenaan dari Stesen KTM Rawang ke kawasan perumahan dekat Taman Bersatu di sini.

Hasil siasatan awal, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu adalah penduduk tempatan yang baharu menawarkan khidmat pengangkutan itu.

Operasi pada Selasa melibatkan 11 pasukan penyamaran terdiri daripada 22 anggota penguat kuasa.

Selain itu, terdapat juga tiga pasukan tangkapan yang melakukan operasi penguatkuasaan.

Difahamkan, terdapat tiga prebet sapu ditahan oleh satu pasukan penyamaran dan dua pasukan tangkapan, di tiga lokasi berasingan.

Ops Tegas di sini turut menahan lapan pemandu teksi yang melakukan kesalahan kerana tidak menggunakan meter. 


Tags / Kata Kunci: prebet sapu , Spad , Ops Tegas

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan