Lebih 60 Rumah, Sekolah Sains Dilanda Ribut

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 7:24 PM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JITRA: Lebih 200 orang yang menghuni 60 rumah di empat buah kampung di sini berhadapan detik cemas apabila kediaman mereka dilanda ribut sehingga merosakkan kediaman mereka, Ahad.

Kampung-kampung yang terlibat dalam kejadian 9.30 malam itu adalah Kampung Pida 2 Megat Dewa, Kampung Kubang Chenor, Kampung Pulau Pak Ubin dan Kampung Imam. Kejadian itu turut melibatkan kerosakan teruk di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP).

Angin kencang dan hujan lebat itu menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa rumah terlibat.

Seorang mangsa, Ramli Harun, 52, dari Kampung Pida 2 Megat Dewa, berkata bumbung rumah kedai yang didiaminya dipukul ribut kira-kira 10 minit dan kejadian berlaku begitu pantas sehingga mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

"Ketika kejadian saya sedang melayan pelanggan di kedai makan dan masa itu hujan lebat serta guruh sehingga menerbangkan bumbung rumah. Ini menyebabkan bekalan elektrik terputus," katanya yang sudah lapan tahun menghuni di situ.

Seorang lagi mangsa, Fauziah Ramli, 49, berkata ketika kejadian, dia dan suami Talib Long, 70, serta seorang anak lelaki mereka sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi guruh yang kuat.

"Kejadian seolah-olah puting beliung. Apapun saya berasa bersyukur kerana kami sekeluarga selamat," katanya.

Pengetua SMSKP Ismail Ibrahim berkata kejadian ribut semalam adalah yang kedua dialami sekolah itu dan ia menyebabkan lebih 20 kelas serta bilik guru dan dewan peperiksaan rosak.

"Bahagian paling teruk adalah astaka di stadium mini sekolah yang mana keseluruhan bumbung diterbangkan angin.

"Saya sudah membuat laporan kepada bahagian Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut dan berharap kerosakan yang berlaku ini dibaik pulih segera agar tidak menjejaskan proses pembelajaran terutama calon-calon SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang sedang menduduki ujian percubaan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan