Pesta Sukan Bogel: Polis Rekod Keterangan Wanita 24 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 4:54 PM

Antara gelagat peserta pesta sukan bogel di Pulau Pinang yang disebarkan menerusi laman sosial.

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Polis mengambil keterangan seorang wanita dari Ipoh, Perak bagi membantu siasatan berhubung pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, wanita berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur itu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya pada Sabtu lepas untuk diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

"Setakat ini polis telah merakam percakapan 18 saksi bagi membantu siasatan termasuk seorang pemandu pelancong semalam," katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Logistik Polis Pulau Pinang, di sini. Isnin.

Pesta sukan bogel itu mula diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Penang' tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang.

Abdul Rahim berkata, usaha mengesan mereka yang terlibat dalam pesta itu giat dijalankan dan polis percaya tujuh rakyat tempatan yang telah dikenal pasti itu masih berada dalam negara.

Beliau berkata, pihaknya juga meminta Bukit Aman untuk berhubung dengan Interpol bagi mengesan lapan rakyat asing dari Singapura, India, Myanmar dan Filipina yang dipercayai terlibat dalam pesta itu.

"Polis juga ada menerima maklumat seorang daripada peserta pesta iaitu dikenali sebagai Albert Yam yang memaklumkan untuk menyerah diri bagi membantu siasatan, tetapi setakat ini belum tampil berbuat demikian," katanya.

Abdul Rahim berkata, sehingga kini, sebanyak 11 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan penganjuran pesta sukan bogel itu.

Beliau sekali lagi meminta kerjasama 15 peserta termasuk tujuh individu tempatan yang terlibat dalam pesta berkenaan supaya tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes itu Asisten Superintendan Mohd Sani Mat Ali di talian 012-5424455 bagi membantu siasatan.

Jumaat lepas, polis mengedarkan 12 daripada 15 gambar individu yang dipercayai boleh membantu siasatan kes itu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan