Pengasuh Didakwa Dera Bayi 18 Bulan Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan pengasuh yang didakwa mendera seorang bayi berusia 18 bulan. 

Doktor terpaksa melakukan pembedahan membuang tengkorak disebabkan terdapat darah beku, bengkak dan pendarahan dalaman di dalam otaknya.

Suspek, berumur 30, telah ditangkap di rumahnya di Flora Damansara, pada Sabtu dan kini ditahan direman sehingga Selasa atas tuduhan penderaan kanak-kanak.

Apabila disoal siasat, wanita itu mengaku dia pernah memukul bayi itu beberapa kali di kepala tetapi mendakwa keadaan bayi itu bukan akibat perbuatannya.

"Dia mendakwa dia hanya memukul bahagian kepala bayi dengan perlahan, dengan jarinya," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim, Ahad.

Beliau berkata wanita itu disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, bapa saudara bayi itu berkata bayi itu masih dalam keadaan kritikal tetapi kini stabil.

Bayi itu dilaporkan mengalami kekejangan dan tidak sedarkan diri selepas diambil oleh bapanya pada petang Khamis.

Pengasuh itu mendakwa bahawa anaknya itu jatuh dari kerusi ketika dia sedang tidur.

Doktor berkata terdapat darah beku dan pendarahan dalaman di dalam otaknya.

Mereka dipaksa untuk mengeluarkan bahagian atas tengkorak untuk mengurangkan bengkak di dalam otaknya.
Tags / Kata Kunci: dera bayi , pengasuh

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan