Seramai 10,751 Pati Dihantar Pulang Ke Negara Asal

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 6:14 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan menghantar pulang seramai 10,751 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal mereka dari tiga Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah antara Januari dan Julai lepas.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, sebanyak 75 peratus adalah warga Filipina, 20 peratus warga Indonesia dan lima peratus adalah lain-lain kerakyatan.

"Penghantaran pulang mereka dibuat setelah mereka mendapat dokumen pengesahan daripada kedutaan negara masing-masing untuk perjalanan pulang ke negara asal.

"Kesemua PATI itu dihantar balik ke negara asal melalui pelabuhan Sandakan, Semporna, Tawau serta menaiki pesawat.

Pada masa ini, PATI yang masih berada di tiga PTS di Sabah ialah seramai 12,412 orang," katanya kepada pemberita, Ahad.

Beliau berkata perintah pengusiran itu dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

Sementara itu, Rodzi berkata Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan menahan 138 PATI dalam Operasi Tanduk Bersepadu Siri 14/2014 yang berlangsung selama dua hari di sekitar daerah Tawau, sejak Sabtu. 

Beliau berkata seramai 84 lelaki dan 54 wanita  berusia antara satu dan 50 tahun dalam operasi bermula 9 pagi itu.

"Kesemua PATI tersebut akan ditahan di PTS Papar untuk tindakan lanjut Jabatan Imigresen," katanya.

Tags / Kata Kunci: pendatang asing , pati

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan