Mayat Wanita Dalam Beg Pakaian

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

GEMAS: Mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah beg pakaian yang dimangga dan diikat dalam longkang di Taman Gemas Jaya di sini, petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang berkata mayat itu ditemui oleh seorang pekerja kedai perabot pada kira-kira 5 petang.

"Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota termasuk Unit Forensik bergegas ke tempat kejadian. Pemeriksaan menemukan mayat seorang wanita berusia 20-an memakai baju-T Mickey Mouse dan berseluar biru.

"Terdapat kesan luka sepanjang enam sentimeter pada dahi mangsa dipercayai akibat hentakan benda tumpul manakala kedua-dua tangan terdapat kesan lebam dan dua jari tangan kiri hancur.

"Tiada identiti ditemui pada mayat yang tidak mempunyai suntikan BCG itu dan kita percaya mangsa mati lebih 48 jam," katanya ketika dihubungi Ahad.

Katanya, polis turut menemui beberapa helai baju dalam beg berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian hotline 06-4431999 atau balai polis berdekatan.
Tags / Kata Kunci: mayat wanita , beg pakaian

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan