Bersalam, Mohon Maaf Selepas Merompak Mangsa

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seorang perompak bersalam dan meminta maaf daripada mangsa selepas dia dan dua rakannya merompak rumah mangsa di Bandar Sri Perani di sini pagi Jumaat.

Malah mereka memberitahu mangsa Mohd Hairi Tahir, 37, bahawa mereka merompaknya kerana mahu mencari makan.

Kejadian berlaku kira-kira 4.45 pagi ketika Mohd Hairi, isterinya serta anak mereka yang berusia dua tahun sedang tidur apabila dikejutkan dengan dentuman kuat di pintu bilik mereka akibat dihentak dengan tong gas.

"Saya membuka pintu bilik dan mereka menyerbu masuk. Saya sempat menjerit tetapi diacu dengan senjata. Mereka meminta saya menunjukkan tempat saya menyimpan wang dan barangan berharga kami.

"Kira-kira 10 minit kemudian sebelum perompak beredar, seorang daripada mereka bersalaman dengan saya dan meminta maaf serta memberitahu mereka merompak kami sekadar untuk mencari makan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman berkata, perompak yang bertopeng dan bersenjatakan parang serta pisau memasuki rumah peniaga tersebut melalui pintu belakang yang telah diumpil.

Perompak melarikan sejumlah wang, sebuah komputer riba, jam tangan, gelang dan telefon bimbit, katanya.


Tags / Kata Kunci: Bandar Sri Perani , Kota Tinggi , topeng

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan