Laporan Miros Tak Tepat - Ketua Trafik Bukit Aman

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Trafik Bukit Aman memandang serius laporan jangkaan kematian akibat kemalangan yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) membabitkan 6,915 nyawa terkorban setiap tahun yang disifatkan tidak tepat.


Lebih mengejutkan lagi, Ketua Trafiknya, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, hanya polis sahaja yang bertanggungjawab mengeluarkan statistik atau rekod membabitkan kes kemalangan.

"Angka yang dikeluarkan Miros tidak tepat kerana daripada rekod kami, purata kematian akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh 10 tahun iaitu antara 2004 hingga 2013 adalah 6,585 setiap tahun.

"Kami tidak tahu apakah mekanisma yang digunakan Miros sehingga boleh mencapai ke angka tersebut," katanya pada sidang media sempena Majlis Kejayaan Tangkapan Cubaan Memberi Rasuah, di Bukit Aman, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai laporan MIROS dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini.

Laporan Miros itu turut menjangkakan kematian akibat kemalangan jalan raya akan mencapai 10,716 kematian pada 2020.

Mohd Fuad berkata, sejak 2001 hingga tahun lalu, berlaku peningkatan kadar kematian iaitu 18.2 peratus membabitkan jumlah kematian daripada 5,849  kepada 6,915.

Menurut beliau lagi, pengiraan Miros dengan jangkaan kematian 10,716 adalah satu kenaikan mendadak kepada 54.9 peratus dari angka kematian 6,915 pada 2013.

"Bagaimanapun kami tidak menafikan memang berlaku peningkatan jumlah kemalangan setiap tahun kerana pertambahan kenderaan dan kami akan terus mengambil langkah pencegahan dan penguatkuasaan dalam menangani kes kemalangan ini," katanya.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata, jika Miros menetapkan 10,716 kematian pada 2020, pihaknya meletakkan jangkaan kematian akibat kemalangan jalan raya pada jumlah lebih rendah iaitu 8,780.

Dalam pada itu, empat anggota trafik yang menjalankan tugas di Lebuhraya  Pagoh/Ayer Hitam berjaya menahan seorang pemandu yang cuba memberi rasuah.

Suspek yang memandu kereta mewah, BMW itu mengingkari arahan polis supaya berhenti.

Sehubungan itu, anggota trafik, Koperal Rahim Lamburakan meminta bantuan pasukan peronda Lebuhraya Skudai-Ayer Hitam dan pemandu tersebut berjaya ditahan.

Susulan itu, Rahim mengeluarkan saman, bagaimanapun pemandu tersebut cuba memberi sogokan RM100 bagi mengelak disaman dan tindakan pemandu itu membawa padah apabila anggota terbabit menahannya kerana cuba merasuah polis.

Tags / Kata Kunci: kemalangan maut , statistik

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan