Polis Buru Lima Individu Hina Agama, Perkauman

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon orang ramai tampil memberi maklumat terhadap lima individu yang dikehendaki berkaitan dengan kes-kes melibatkan penghinaan agama dan juga sensitiviti perkauman.

Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, tindakan memuat naik, berkongsi dan menyebarkan kenyataan-kenyataan berbaut perkauman dan penghinaan terhadap agama semakin menjadi-jadi.

"Kami memandang berat kemelut yang telah atau sedang berlaku dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang mempunyai kecenderungan perkara tersebut.

"PDRM menghadapi kekangan dalam mengenal pasti identiti sebenar suspek. Jadi kami berharap dengan bantuan atau maklumat orang ramai dapat mempercepatkan tindakan yang diambil terhadap mereka yang dikehendaki ini," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, Jumaat.

Lima suspek tersebut ialah:

1. Seorang perempuan dipercayai berbangsa India dikenali sebagai Vignamona VM dalam akaun facabook membuat kenyataan dengan menyeru supaya sekolah agama dihapuskan.

2. Seorang lelaki yang dipercayai berbangsa cina dikenali sebahai Kelvin Yip (Facebook) telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menyeru supaya pembesar suara tidak digunakan semasa sembahyang pada pukul 6.45 pagi Hari Raya Aidilfitri.

3. Seorang lelaki yang dipecayai berbangsa Cina dilihat di laman YouTube sedang menendang seorang lelaki Melayu kerana dipercayai telah meragut seorang wanita di stesen LRT Seri Petaling.

4.Beberapa orang lelaki yang dipercayai melayu dengan nama profil Persatuan Kongsi gelap melayu (Facebook) membuat komen provokasi berkaitan pergaduhan antara kaum India dan Melayu di Klang dan menghasut orang melayu menyertai persatuan ini.

5. Seorang lelaki dipercayai berbangsa India dikenali sebagai Mohd Adam Asyiq Bin Balasubramaniam (Facebook) telah membuat komen yang menghina agama Hindu dan agama-agama lain kecuali Islam.

Individu-individu yang dicari polis.

Dalam pada itu, Mohmad berkata, pihaknya telah berjaya menangkap tiga suspek jenayah siber yang mempunyai kecenderungan menghasut di laman facebook.


"Suspek pertama ditahan pada 31 Julai lalu di Pulau Pinang dikenali sebagai Uztaz Shahul Hamid telah menghina agama Hindu dalam ceramahnya di Surau Rahman Seksyen 8, Shah Alam.

"Suspek kedua pula ditangkap di Sabah pada 6 Ogos lalu dikenali sebagai Smallfield Benjamin kerana membuat komen yang menghina agama Islam berkaitan "perilaku orang Islam semasa berpuasa dan cara makan semasa menyambut Hari Raya".

"Kedua-dua suspek ini dibebaskan dengan jaminan polis, manakala suspek ketiga Ringgo Pandan telah ditahan reman di Kuala Lumpur sehingga 9 Ogos kerana menyebarkan berita palsu bahawa beberapa pelajar sekolah tahfiz telah ditetak oleh sekumpulan lelaki India di Pandamaran, Klang," jelas Mohmad.

Tambahnya lagi, tindakan tegas akan diambil mengikut Seksyen  4(1) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tiga tahun penjara atau denda sebanyak RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Tags / Kata Kunci: hina agama , hasutan , facebook

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan