Hina Agong: MSM Mahu Tindakan Tegas

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 2:48 PM

Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman (kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Senator Malaysia (MSM) mahu tindakan tegas diambil terhadap pemilik laman sosial Facebook 'Chandra Lawan Tetap Lawan' yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Presidennya Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata tindakan tegas termasuk membawa individu tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan adalah perlu memandangkan perbuatannya jelas mempersenda dan tidak menghormati ketua negara.

Selain memberi pengajaran kepada pemilik akaun Facebook berkenaan, tindakan tegas itu juga sebagai langkah memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak melakukan perkara sama, katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Jumaat.

Kata Abdul Rahim, MSM membuat laporan polis berhubung perkara itu, dua hari lepas.

Beliau berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri mungkin menjadi antara penyebab rakyat negara ini semakin berani melakukan perkara sedemikian.

"Bagaimanapun, kita masih ada undang-undang lain, misalnya Akta Hasutan 1948, yang mana kerajaan masih boleh mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan perkara seumpama ini," katanya.

Dilaporkan individu tidak bertanggungjawab itu dengan sengaja menghina Tuanku Abdul Halim dengan memuat naik gambar kemalangan ngeri dengan suntingan wajah baginda di laman Facebook baru-baru ini.

Abdul Rahim juga mengingatkan rakyat supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak melakukan perbuatan menghina dan mempersenda institusi diraja kerana ia jelas boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.

"Kita adalah sebuah negara demokrasi, kita bebas melakukan apa sahaja tetapi pada masa sama ada batasannya, kita tidak boleh melakukan perkara yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan negara," katanya.


Tags / Kata Kunci: MSM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan