Kastam KLIA Rampas 15.56 Kg Dadah Bernilai RM2.97 Juta

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 4:45 PM

Chik Omar bersama Ketua Bahagian Penguatkuasaan Kastam KLIA, Zahari Abdullah (kiri) dan Pegawai Penguatkuasa, Muhammad Farhan Izhar menunjukkan dadah jenis methamphetamine yang disorokkan di dalam botol protein seberat 9.85kg bernilai RM1,871,500 pada sidang media di Ibu Pejabat Kastam KLIA di sini, Rabu.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas 15.56 kilogram (kg) dadah bernilai RM2.97 juta yang cuba diseludup melalui kawasan pintu masuk negara antara Julai hingga 2 Ogos.


Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, tiga warga asing iaitu seorang wanita warga Thailand dan dua lelaki, masing-masing rakyat Nigeria dan Iran ditahan berkaitan kes rampasan dadah dalam tempoh itu, manakala satu kes melibatkan bungkusan dadah jenis methamphetamine masih disiasat kerana pemiliknya gagal dikesan.

Dalam kes berkaitan bungkusan dadah jenis methamphetamine itu, Chik Omar berkata, dadah itu dikesan dalam kargo berisi 12 tin makanan yang tiba di gudang MAS Kargo KLIA dari Lagos, Nigeria pada 1 Julai lepas.

"Hanya lima tin sahaja ada kacang pis di dalamnya dan selebihnya dadah. Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam sidang media di sini, Rabu.

Pada hari yang sama juga, seorang wanita warga Thailand berusia 22 tahun ditahan di sebuah hotel di ibu negara setelah pemeriksaan bagasinya menemui serbuk putih positif kokain seberat 1.67kg bernilai RM334,000 tersorok dalam kerangka besi bagasi ketika suspek tiba di KLIA melalui pesawat dari Abu Dhabi pada 30 Jun.

Chik Omar berkata, pada 20 Julai pula, seorang lelaki Nigeria berusia 34 tahun, yang menaiki pesawat dari Addis Ababa, Ethiopia, ditahan di KLIA ekoran penemuan dadah jenis methamphetamine seberat 2.75kg bernilai RM522,500 pada suspek.

Terbaru pada Sabtu lepas, seorang lelaki warga Iran berusia 27 tahun turut ditahan di KLIA selepas dadah jenis methamphetamine ditemui disorok dalam bungkusan dan tiga botol protein yang ditutup rapat dalam bagasinya.

Beliau berkata, suspek yang menaiki penerbangan dari Doha, Qatar dipercayai 'memantau keadaan di KLIA' sebelum ini kerana pernah beberapa kali datang ke Malaysia dan kali ini ditahan selepas membawa dadah seberat 9.85kg bernilai kira-kira RM1.87 juta.

Chik Omar berkata, dua suspek sudah didakwa, manakala suspek terbaharu masih direman.

"Sepanjang Januari hingga Julai tahun ini, sembilan suspek ditahan dengan penemuan 254kg dadah bernilai kira-kira RM44.2 juta melibatkan 15 kes," kata beliau.


Tags / Kata Kunci: Kastam , KLIA , dadah , kacang pis

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan