Pencuri Kabel Ditahan, Muatan Bernilai RM50,000 Dirampas

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 4:00 PM

Mokhtar (tiga, kiri) menunjukkan kabel yang dirampas dengan penahanan dua lelaki dalam satu kejadian curi kabel di Batu 5, Bakri Muar pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, Rabu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Dua lelaki ditahan kerana mencuri 77 keratan kabel bernilai RM50,000 di Jalan Yong Peng, Batu Pahat, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kedua-duanya yang bermur 39 dan 41 tahun ditahan selepas kereta yang mereka naiki terbabas ketika cuba melarikan diri dari pihak polis.

Beliau berkata, mereka pada mulanya dikesan sedang memunggah barangan ke dalam kereta kira-kira pukul 2.40 pagi di Batu 5, dekat Bakri, Muar.

"Kedua-duanya kemudiannya melarikan diri bersama kenderaan mereka ke arah Jalan Yong Peng. Mereka turut merempuh seorang anggota polis yang mengejar mereka sehingga cedera. Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das yang menyebabkan kereta suspek terbabas sebelum mereka diberkas," katanya di sini, Rabu.

Turut dirampas dua bilah parang.

Mohd Mokhtar berkata, kedua-duanya dikehendaki berhubung kesalahan jenayah dan dadah serta dipercayai terlibat dalam 10 kes mencuri kabel di Muar serta Batu Pahat.

Sementara itu, lapan warga asing ditahan minggu lalu kerana memecah masuk kilang di Taman Teknologi Senai di sini.

Mereka yang berumur 23 hingga 31 tahun ditahan di Skudai dan Senai.

Mohd Mokhtar berkata mesin pemotong, gerudi, pemotong zink dan tukul besi turut dirampas daripada mereka.

Beliau berkata, kesemua mereka yang dipercayai terlibat dalam lima kes pecah kilang di Kulaijaya dan bandar raya ini kini direman.

 

Tags / Kata Kunci: kabel , Ketua Polis Johor , Bakri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan