Pemuda Maut Motosikal Rempuh Tiang

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pemuda terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Kuantan - Sungai Lembing dekat Kampung Kuala Kenau, di sini pada Ahad.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa, Sahlan Mad Deli, 19, dari Kampung Sungai Emas, Sungai Lembing meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya kejadian jam 6.25 petang itu dipercayai berlaku semasa lelaki itu yang menunggang bersendirian dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Sungai Lembing.

Beliau berkata ketika di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh sebatang tiang elektrik.

Mohamed Fauzi berkata siasatan awal mendapati mangsa yang tidak bekerja itu tidak memliki lesen memandu yang sah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Tags / Kata Kunci: Polis , Pemuda

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan