Kereta Dicuri, Anjing Peliharaan Di Dalamnya Yang Dicari

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 10:10 PM

Pernahkah anda terlihat Pixie?

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilik bersama sebuah syarikat pengiklanan, Gursharan Singh, 34, tidak lalu makan dan tidak dapat tidur nyenyak sejak kehilangan anjing peliharaannya, Rabu lepas.

Anjing jenis Beagle berusia tujuh tahun, Pixie, sedang berada di dalam kereta jenis Mitsubishi Triton miliknya apabila pencuri membawa lari kenderaannya itu kira-kira pukul 11 malam di luar sebuah bank di Sungai Buloh.

"Saya meletakkan kereta sangat dekat dengan bank dan pergi mendepositkan beberapa cek.

"Saya mengambil masa kira-kira sepuluh minit dan apabila saya keluar saya melihat seorang lelaki memandu kereta saya dengan Pixie berada di dalamnya," kata Gursharan, Isnin.

Katanya, dia telah meninggalkan kunci di dalam kereta kerana dia hanya meninggalkannya beberapa minit dan kereta itu diletakkan sangat dekat dengan bank.

Gursharan berkata, dia sangat bimbangkan Pixie.

"Saya tidak kisah tentang kereta itu dan hanya mahu Pixie kembali," kata Gursharan sambil menambah dia tidak henti-henti menangis sejak kejadian itu.


Gursharan bersama poster anjingnya yang hilang.

Gursharan, yang tinggal bersendirian dengan Pixie, berkata dia terlalu rindukan haiwan kesayangan itu dan tidak sanggup berada di rumah kerana ia akan mengingatkannya kepada Pixie.

"Saya sangat sayangkan Pixie dan tidak tahu bagaimana saya akan terus hidup tanpanya.

"Apabila saya pulang ke rumah, dia tidak pernah berada jauh dari saya dan juga tidur di atas katil bersama saya," kata Gursharan yang telah memelihara Pixie sejak berusia empat bulan.

Dia telah membuat poster dan melakukan 'posting' di media sosial dengan menawarkan hadiah RM1,000 kepada sesiapa yang membawa Pixie kembali kepadanya.

Katanya, Pixie hanya makan makanan yang dimasak di rumah dan membayangkan anjingnya itu tanpa makanan dan perlindungan yang sempurna.

"Saya berasa seolah-olah sebahagian seluruh hidup saya telah hilang," kata Gursharan yang telah mencari Pixie dengan teman wanitanya C. Shamini sejak haiwan kesayangannya itu hilang. 

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Pixie boleh menghubungi Gursharan 013-2648001, 016-2920631 atau Shamini Carolina Christopher 012-2393058.

Tags / Kata Kunci: kereta curi , Beagle , Pixie

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan