NGO Buat Laporan SPRM Isu Salah Guna Kuasa Adun PKR

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah pada Ahad membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa membabitkan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PKR dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

Presidennya Khairul Anuar Ramli berkata laporan SPRM dibuat bagi menguatkan lagi siasatan terhadap dakwaan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah sebelum ini, Muhammad Sanusi Md Nor dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini, selepas laporan polis dibuat Jumaat lepas.

Beliau berkata ini kerana rakyat negeri ini ingin mengetahui kebenaran dakwaan penyelewengan yang dilakukan kepimpinan kerajaan negeri yang mentadbir Kedah pada 2008 hingga 2013.

"Beliau (Muhammad Sanusi) sendiri dedahkan perkara ini dan beliau perlu tampil dedahkan kebenaran mengenai isu ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat SPRM negeri di sini.

Katanya sekiranya terdapat unsur penyelewengan, pihak bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan sewajarnya kerana melibatkan pecah amanah dan salah guna wang rakyat.

Khairul Anuar berkata pihaknya juga akan menyerahkan beberapa bukti kukuh kepada SPRM agar siasatan yang lebih terperinci dijalankan terhadap Muhammad Sanusi dan beberapa pihak lain yang terlibat.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendedahkan berhubung kemelut kerajaan negeri pimpinan PAS sebelum ini, yang didakwanya banyak disebabkan oleh Adun daripada PKR.

Antara pendedahan yang dibuat Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah melalui media sosial dan blog adalah dakwaan berhubung perbelanjaan bagi menampung perbelanjaan seorang Adun PKR yang dilanda masalah kewangan.

Muhammad Sanusi mendakwa berlaku penyelewengan melibatkan seorang Exco Kerajaan Negeri yang membuat tuntutan perjalanan mencecah RM23,000 iaitu melebihi daripada elaun bulanan Exco iaitu RM17,000.

Selain itu, bekas Menteri Besar Tan Sri Azizan Abdul Razak secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu syarikat yang didaftarkan melalui proksi disebabkan desakan Adun PKR.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan