Coli Antara Barangan Rampasan Selepas Suspek Kes Pecah Rumah Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 7:51 PM

Coli menjadi sebahagian daripada barangan yang dirampas ekoran penangkapan tiga suspek kes pecah rumah.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Coli adalah antara barangan yang dirampas daripada tiga suspek yang didakwa terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar daerah Penampang, selepas polis membuat tangkapan dekat sini, Sabtu.

Ketiga-tiga mereka, berusia antara 18 dan 30 tahun telah ditangkap setelah seorang pengawal keselamatan melihat kenderaan mereka yang diletakkan di pangsapuri Cyber City​​, menghubungi polis.

Kenderaan mereka dilaporkan telah disenarai hitam oleh pihak pengurusan kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah sebulan yang lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Ratan Singh pada Ahad berkata salah seorang suspek sedang menunggu di dalam kereta manakala dua lagi telah memecah masuk ke dalam apartmen apabila polis tiba.

Beliau berkata polis menemui barangan seperti wang tunai, komputer riba, tablet dan coli berikutan penangkapan itu, tetapi tidak tahu mengapa pakaian dalam wanita itu dicuri.

"Kita tidak tahu apa yang mereka mahu buat, mungkin untuk salah seorang daripada teman wanita mereka," kata beliau berjenaka.

Siasatan awal menunjukkan ketiga-tiga mereka, yang didakwa penagih dadah dan bekas banduan, telah terbabit dalam kes-kes pecah rumah di Penampang, Putatan dan di apartment Cyber ​​City, katanya. 

Beliau berkata polis sedang menyiasat sama ada terdapat suspek lain yang terlibat dalam kes tersebut.
Tags / Kata Kunci: coli , pecah rumah

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan