Kondominium Mewah Jadi Premis Proses Syabu Terbongkar

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 7:30 AM

Kondominium yang dijadikan sebagai lokasi memproses syabu oleh sekumpulan lelaki.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kegiatan memproses dadah jenis syabu di Tingkat 21, Kondominium Midfields di Taman Sungai Besi di sini terbongkar selepas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke unit itu selepas menerima panggilan kecemasan.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur M. Letchumanan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kewujudan asap terkumpul di unit itu pada kira-kira 12 tengah hari dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

"Sebaik 15 anggota dari balai bomba Bandar Tun Razak tiba di lokasi, kami mendapati tiada kebakaran yang berlaku sebaliknya penggera kebakaran berbunyi kerana mengesan asap yang terkumpul hasil campuran bahan kimia. Ia dipercayai hasil daripada pemprosesan syabu," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Pihak bomba menemui pelbagai jenis botol dan serbuk bahan kimia yang dipercayai digunakan sebagai bahan pemprosesan syabu, katanya.


Bagaimanapun katanya penghuni rumah berkenaan telah meninggalkan tempat kejadian sebelum pihak bomba sampai.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak berkata, sekumpulan individu yang terdiri antara tiga dan lima lelaki warga tempatan cuba memproses syabu di unit kediaman tersebut.

Namun percubaan mereka gagal sehingga membawa kepada kewujudan asap terkumpul di unit tersebut.

"Kami telah mengenal pasti dua hingga tiga suspek selepas menyaksikan rakaman kamera litar tertutup di kodominium tersebut.

"Suspek dipercayai menyewa unit kediaman itu kira-kira dua hingga tiga minggu dan kad akses didaftarkan dibawah nama salah seorang suspek.

"Semasa pemeriksaan kami mendapati peralatan yang digunakan untuk kegiatan itu tidak mencukupi," katanya.

Wan Abdullah berkata pasukan forensik polis sedang menentukan jumlah sebenar dadah yang berada di unit kediaman itu.

Suspek dikatakan berjaya membawa bersama dadah semasa melarikan diri dari kondominium tersebut.


Tags / Kata Kunci: syabu , Penthouse

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan