Kanak-Kanak Lelaki Mati Lemas

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang hilang selepas mandi bersama beberapa orang sepupunya di pantai Pengkalan Balak di sini petang semalam, ditemui lemas tengah malam Khamis.

Mayat Wan Putera Izz Danish Wan Azrol Affendi, ditemui anggota bomba pada 12.19 tengah malam dalam keadaan meniarap di tepi pantai kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Timbalan Pengarah Bomba Melaka Sohaimi Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.41 petang Khamis dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat.

"Operasi mencari di laut hanya dapat dilakukan seketika sahaja disebabkan cuaca berangin dan laut berombak namun kita teruskan pencarian di tepi pantai sebelum menemui mayat mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Sementara itu, bapa mangsa Wan Azrol Affendi Yunos, 39, ketika ditemui berkata dia pada mulanya tidak membenarkan anak sulungnya itu mandi di pantai berkenaan namun terpaksa bersetuju selepas dipujuk anaknya.

"Saya mengawasinya mandi bersama sepupunya dari jauh tapi dalam lima hingga 10 minit saya terleka sekejap dan apabila sedar dia dah tak ada...saya tidak dengar apa-apa jeritan pun sebelum itu," katanya.

Wan Azrol berkata dia kemudian berusaha mencari anaknya itu namun tidak menemuinya sebelum menghubungi bomba.

Katanya Wan Putera Izz Danish yang tinggal bersama bekas isterinya di Puchong, Selangor dibawa pulang beraya bersamanya di Melaka pada Selasa lepas.

"Dua hari sebelum kejadian dia memberitahu saya nak tinggal terus dengan saya sebab nak jaga adiknya," katanya.
Tags / Kata Kunci: mati lemas , Pengkalan Balak

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan