Tembak Guna Senapang Angin, 3 Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 5:09 PM

Kecederaan yang didakwa dialami mangsa akibat terkena peluru senapang angin di Banting pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Tiga lelaki ditahan kerana dipercayai menembak rambang seorang lelaki dengan senapang angin di Jalan Jugra berhadapan Taman Banting Baru dekat sini, Rabu.

Jurucakap polis berkata kejadian 5 petang itu menyebabkan Mohd Syukur Shafie, 31, seorang kerani sekolah cedera di dahi.

Beliau berkata ketika itu mangsa berada di dalam kereta yang dipandu adik iparnya.

Mangsa menerima rawatan di Hospital Banting, katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Selangor, ACP Roslan Radzi mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek yang berumur antara 24 hingga 34 tahun.

Motif kejadian masih disiasat.


Tags / Kata Kunci: Polis , Banting , Tembak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan