Porsche Rempuh Belakang Viva, Wanita Parah

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 12:23 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wanita mengalamai kecederaan parah selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki dirempuh dari belakang oleh kereta sukan, Porsche di Kilometer 12.8 Lebuhraya Elite di sini pagi Khamis.

Akibat kemalangan pada pukul 12.30 tengah malam itu, kereta yang dinaiki mangsa bersama suami dan anaknya terbalik ke tepi jalan.

Bagaimanapun, suami dan anak mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, ketika kemalangan, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Batu Gajah, Perak selepas menyambut Hari Raya Aidilfitiri di Semenyih.

Semasa melalui tempat kejadian, sebuah kereta sukan yang dipandu laju telah merempuh kenderaan mereka dari belakang di lorong kanan jalan.

Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya dekat sini.

Jurucakap polis memberitahu, Porsche itu dipandu oleh pelajar warga negara British dan siasatan terperinci akan dilakukan.

Porsche yang dinaiki seorang pelajar warga British mengalami kerosakkan selepas merempuh belakang Perodua Viva.



Tags / Kata Kunci: Porsche , Perodua Viva

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan