Pelajar Mati Lemas Selepas Beraya Bersama Rakan

Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 10:58 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pelajar tingkatan empat yang hilang ketika mandi di Sungai Perak pada Selasa di Kampung Tengah, dekat Kampung Gajah, di daerah Perak Tengah, kira-kira 75km dari sini, ditemui mati lemas pada Rabu.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Amat Sapekis Rosman berkata mayat mangsa Mohamad Khairul Haziq Zakaria, 16, pelajar Sekolah Kebangsaan Maharajalela ditemui pada pukul 7 malam tadi.

"Mayat mangsa telah dijumpai lebih kurang tiga kilometer dari kawasan kejadian oleh pasukan melakukan rondaan ," katanya ketika dihubungi.

Katanya operasi mencari dan menyelamat dilakukan bermula 9.35 pagi tadi selepas taklimat diberikan oleh polis dan penagihan kawasan pencarian kepada semua agensi.

"Jumlah keseluruhan anggota yang terlibat seramai 81 orang iaitu polis seramai 11 orang, 8 anggota 7 PPDA, JPAM (9), Rela (21), unit amal (25)," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, DSP Leong Ah Kow berkata mangsa bersama 10 rakannya mandi di sungai berkenaan pada pukul 3.30 petang semalam.

"Mangsa dipercayai lemas setelah tenggelam dan dibawa arus deras," katanya.


Tags / Kata Kunci: Perak , Ipoh , Bomba

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan