Lebih 20 Rumah Setinggan Terbakar Di Sepanggar - Berita Jenayah | mStar

Lebih 20 Rumah Setinggan Terbakar Di Sepanggar

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 7:45 PM

Rumah setinggan yang rapat antara satu sama lain memudahkan api cepat merebak. Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kira-kira 200 orang hilang tempat tinggal apabila lebih kurang 25 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Gentisan, Sepanggar, dekat sini, Selasa.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, pihaknya mengambil masa hampir 45 minit untuk mengawal kebakaran selepas tiba di tempat kejadian pada pukul 2.52 petang.

Menurut kenyataan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Lintas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.37 petang sebelum sampai ke lokasi kejadian 15 minit kemudian.

Jabatan itu berkata, operasi memadam kebakaran itu turut dibantu oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan pasukan bomba dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kejadian disiasat.


Tags / Kata Kunci: setinggan , terbakar , Kampung Gentisan
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan