Tiga Maut, Seorang Kanak-Kanak Hilang Kereta Jatuh Gaung, Sungai

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 7:17 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Kemeriahan Aidilfitri bertukar suram apabila tiga sekeluarga maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan hilang selepas kereta yang dinaiki terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Sungai Kakano, Batu 9, Jalan Kalabakan-Keningau, dekat sini, Isnin.


Mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam itu dikenali sebagai Fatmawati Mustafa, 38, Riduan Sabtula, 47, Najar Abdul, 36, dan Mohd Ryan Firdaus yang dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, seorang lagi penumpang Megawati Mustafa, 30 yang turut menaiki kereta jenis Proton Saga itu terselamat.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, kejadian itu berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Keningau.

Beliau berkata, ketika sampai di tempat kejadian pemandu kereta terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan sebelum kenderaan terbabit terjunam ke gaung sedalam 25 hingga 30 meter sebelum terbalik di dalam sungai.

"Mayat ketiga-tiga mangsa itu dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat manakala usaha mencari kanak-kanak tersebut masih diteruskan oleh pihak bomba, kata Awang Besar dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata, pihaknya menerima panggilan 8.16 malam dan tiba di tempat kejadian pada 10.06 malam.

"Satu operasi segera dilakukan bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dalam kereta. Kami mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa berikutan arus sungai yang deras dan terpaksa memotong pintu bagi memudahkan pasukan penyelamat mengeluarkan kesemua mangsa.

Katanya, mereka turut dibantu Pasukan Bomba Sukarelawan Umas, polis dan kakitangan Klinik Felda Umas.

Operasi dihentikan seketika pada 12.48 tengah malam dan disambung semula 8 pagi tadi bagi mengesan kanak-kanak yang hilang itu, katanya.


Tags / Kata Kunci: Aidilfitri , Sungai Kakano , hilang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan