Pekerja Syarikat Balak Nyaris Maut Gajah Naik Minyak

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 7:51 PM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Dua pekerja syarikat pembalakan di Hutan Kampung Bukit Harimau nyaris maut apabila bangsal kongsi mereka dimusnah oleh sekumpulan gajah liar yang naik minyak, Isnin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika tukang masak, Lee Kam Foo, 56, dan Simak Lambak, 43, seorang pengawal, sedang tidur di bahagian tengah bangsal berkenaan.

Menurut Lee, ketika itu beliau bangun untuk membuang air kecil, sebelum tiba-tiba kedengaran bising di bahagian belakang bangsal itu.

"Sebaik saya menyuluh ke arah bunyi itu saya dapati sekumpulan lima hingga tujuh ekor gajah liar sedang memakan tanaman ubi kayu, pisang dan meranapkan bahagian dapur tempat memasak di bangsal itu.

"Saya mengejutkan Simak yang ketika itu sedang tidur dan sebaik dimaklumkan beliau terus menghidupkan enjin mesin gergaji untuk menghalau kumpulan gajah itu.

"Bagaimananapun tindakan Simak yang merupakan Orang Asli itu menjadikan kumpulan gajah tersebut semakin ganas dan naik minyak lalu menghempaskan beberapa tong diesel dan tayar lori," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanpun, katanya, kumpulan gajah tersebut beredar dari kawasan tersebut setelah beberapa ketika berada di kawasan itu.

Menurut Lee, ketika itu hanya beliau dan Simak berada di tempat kejadian kerana sebahagian besar pekerja balak di bangsal itu pulang bercuti seminggu kerana Hari Raya.

Sementara itu, Ketua Unit Pusat Konservensi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Lanchang, Nasaruddin Othman berkata, kawasan hutan Bukit Harimau sememangnya kawasan habitat gajah dan merupakan laluan haiwan itu ke Hutan Simpan Taman Negara Ulu Tembeling dan Hutan Simpan yang terletak berhampiran.

"Kumpulan gajah tersebut mungkin tersesat kerana kawasan habitatnya telah diceroboh menyebabkan haiwan itu berkeliaraan dan mengganas," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mencederakan haiwan itu kerana dibimbangi ia akan semakin mengganas apabila tercedera.


Tags / Kata Kunci: gajah , naik minyak , Kampung Bukit Harimau

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan