Dua Remaja Maut, Teksi Dinaiki Langgar Pokok

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Tindakan remaja berusia 13 tahun memandu teksi milik bapanya tanpa pengetahuan keluarga berakhir dengan tragedi yang meragut nyawanya dan rakan berusia 15, apabila teksi itu terbabas dan melanggar pokok getah dalam kejadian di Jalan Gadong-LBJ dekat sini malam Sabtu.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 11 malam itu, Muhammad Nazrin Aziz, 13, dan Muhamad Alif Mohamed Zabri, 15, dari Taman Gadong Jaya, maut di tempat kejadian.

Akibat rempuhan yang kuat kedua-duanya tercampak keluar dari teksi dan mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala, kata jurucakap itu kepada pemberita di sini, Ahad.

Menurutnya siasatan awal polis mendapati Muhammad Nazrin bertindak memandu teksi bapanya untuk bersiar-siar bersama Muhamad Ali ketika keluarganya keluar membeli persiapan raya.

Mayat kedua-dua remaja itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik negeri Superintandan Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


Tags / Kata Kunci: teksi , Jalan Gadong

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan