Dua Rakyat Malaysia Cedera Kejadian Letupan Bom Di Yala

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 7:37 AM

Sebutir bom yang diletakkan di dalam kereta meletup di Betong, selatan Thailand yang menyebabkan tiga terkorban dan berpuluh-puluh rakyat tempatan cedera. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia cedera dalam kejadian letupan bom kereta di luar sebuah hotel di Yala, selatan Thailand pada Jumaat.

Jurucakap Wisma Putra memberitahu Bernama, pihak Kementerian Luar masih menunggu laporan dari kedutaan Malaysia di Thailand mengenai kejadian itu.

"Kita masih menunggu laporan lanjut mengenai identiti individu tersebut. Kita akan sentiasa memaklumkannya," katanya.

Saluran media antarabangsa dan tempatan di Thailand melapor dengan memetik pihak polis sebagai berkata tiga orang terbunuh sementara 40 orang cedera dalam letupan itu.

Polis Thailand dipetik sebagai berkata sebuah bom yang diletak di dalam kereta meletup di hadapan hotel Holiday Hill kira-kira 4 petang waktu tempatan di kawasan yang dipenuhi pelancong dan orang ramai.

Siasatan kejadian sedang dilakukan.
Tags / Kata Kunci: Yala , letupan bom

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan