Wanita Mengigau Patah Kaki Ketika Cuba Larikan Diri Daripada Polis

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 11:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Saya tidak berniat untuk melarikan diri daripada polis. Saya mengigau!" dakwa seorang wanita yang mengerang kesakitan selepas terjatuh daripada tingkap bilik rumah flet dua tingkat  di flet Mentari Court pada malam Selasa. 

Wanita berkenaan merupakan seorang daripada 120 orang yang kebanyakan warga asing. Mereka ditahan polis atas kesalahan kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan imigresen di bawah Ops Selamat. 

Wanita Indonesia yang berusia dalam lingkungan 30 an, itu mendakwa dia sedang tidur dalam keadaan mengigau ketika mendengar ketukan pintu yang mengejutkan beliau. 

Dia yang panik segera membuka tingkap biliknya dan memanjat keluar. Ketika itulah dia jatuh ke kaki lima bawah. 

"Mangsa patah kaki kanan dan di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Azmi Abu Kasim. 

Beliau berkata wanita itu dijumpai tanpa mempunyai dokumen yang sah dan akan didakwa dengan sewajarnya.

"Kami percaya dia cuba melarikan diri," kata Azmi. 

Beliau berkata terdapat kira-kira 300 anggota polis daripada balai polis daerah, Imigresen, Rela dan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara mengadakan serbuan ke Mentari Courts dan Desa Mentari merupakan sebahagian daripada Ops Selamat. 

"Inilah kawasan yang mempunyai rekod sebagai kawasan yang mencatatkan indeks kes jenayah yang tinggi, jadi kami mengambil langkah untuk memastikan ia dapat dikurangkan. 

Operasi bermula pada pukul 6 pagi Selasa dan berakhir 4 pagi Rabu. 

Ops Selamat berlangsung selama 15 hari bermula 21 Julai sempena musim cuti Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan