Polis Siasat Wanita Korea Pakai Baju Tertera Ayat Al-Quran - KPN

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 4:41 PM

Wanita Korea ini memakai baju yang mempunyai cetakan ayat suci al-Quran. Gambar kedua memaparkan aksi wanita itu sedang dimarahi seorang lelaki berketurunan Arab di sebuah pasar raya di Taman Dagang, dekat Ampang kerana memakai baju berkenaan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat wanita warganegara Korea yang memakai baju tertera ayat Al-Quran di sebuah pasar raya di Ampang dekat sini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"PDRM peka dengan apa yg berlaku. Insya-Allah kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang yang ada. Percayalah.

"PDRM tidak akan bias (berat sebelah). Semua kesalahan akan disiasat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kita semua perlu hormat kepada sistem undang-undang kita," katanya dalam entri terbaharu Twitter beliau.

Khalid berkata wanita itu, yang baru tiba di Malaysia, dipercayai membeli baju berkenaan ketika melancong di India.


Sejak semalam, laman sosial Facebook menyiarkan gambar dan catatan mengenai wanita itu sedang dimarahi seorang lelaki berketurunan Arab di sebuah pasar raya di Taman Dagang, Ampang dekat sini kerana memakai pakaian yang tertera ayat-ayat Al-Quran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad yang mengesahkan kejadian itu berkata laporan polis sudah dibuat sejurus gambar wanita berkenaan tersebar dalam Facebook.
 
"Kami sendiri yang membuat laporan polis kerana tiada orang awam yang membuat laporan dan siasatan sudah dijalankan", katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun jika sabit kesalahan.

Tags / Kata Kunci: wanita Korea , Al-Quran , KPN

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan